Hey..Ini aku
Oh! God.. where the hell you hide my soul mate?
Khamis 03 Apr 2008
Aktiviti dengan Kak Siti
Ini la Kak Siti. Chewah kontrol cun la tu.Makan adalah salah satu aktiviti saya dengan salah seorang kawan rapat. Aktiviti ni kami lakukan lepas waktu kerja. Salah satu alasan yang memang munasabah kena buat lepas waktu kerja ialah Kak Siti ni ada enam orang anak. Kalau waktu lain, dia terpaksa bawak banyak 'hand bag' kiri kanan.Tak kisah lah kat mana pun. Asal tekak teringin nak makan, kami jalan je. Kalau tak Tomyam area Dengkil, kami pegi la mana-mana restoran atau tempat makan area Puchong. Gerai tepi jalan pun jadi jugak. Salah satu gerai kegemaran kami kat area Puchong Perdana ialah gerai Kuey Teow Penang. Selalu singgah kat sana dan tukang masak dia pun dah kenal kami. Biasa order Kuey Teow special.Macam semalam, kami singgah makan di Restoran F1 di IOI Mall Puchong. Masa kami sampai hanya ada dua orang pelanggan. Kak Siti ni dah teringin sangat nak makan Lamb chop. Layan je lah! Saya pulak order Sirloin Steak. Steak kat sini tak la sedap sangat macam steak yang saya pernah makan dekat Sunway Pyramid, tapi boleh lah balun sampai habis. Kosong je... tak macam dulu.. Yummmmm..Lepas makan macam biasa kena hantar Kak Siti balik. Saya macam biasa lah, balik rumah tidur la apa lagi. Anak-anak semua dah makan. I mean, anak-anak ikan yang tiga ekor kat rumah tu pagi-pagi dah bagi makan. Bagi makan banyak nanti mati.Senang jadi orang bujang. Tak payah nak fikir banyak benda. Life yang cukup bosan saya rasa. Kadang-kadang kalau dah sampai tahap bosan gila babun, saya boleh rasa macam nak jerit kuat-kuat.Ok lah. Malas la nak cerita pasal makan banyak-banyak pasal saya jenis orang yang tak kuat makan kalau benda tak sedap. Dan saya akan jadi orang kuat makan kalau makan benda yang sedap-sedap so hey!
Stress!!!
Kita ni hidup ada stress kan? Start je bukak mata lepas tidur sampailah nak pejam mata balik. Dalam satu hari mesti ada je benda yang buat kita stress.Orang-orang keliling saya tak pernah saya tengok yang tak ada stress. Cuma ada yang pandai sembunyikan stress tu agar orang tak nampak. Mana yang tak pandai nak control tu, mula la ada yang marah-marah, naik angin tak pasal-pasal, muka masam kelat. Tu semua akibat dari tekanan dari masalah-masalah luaran dan dalaman la.Bermula dari rumah, bangun pagi nak mandi air tak ada pasal lupa bayar bill, ubat gigi habis la pulak tak ingat nak beli, terbangun lambat pasal semalam lupa nak kunci jam, tak sempat nak buat sarapan nak kena uruskan anak-anak ke sekolah. Arghhh!!! Tension nye.. Tu baru pagi-pagi.Nak ke office pulak, start keter tak hidup pulak. Sepak tayar keter, dah marah sangat. Kena naik teksi atau bas, lambat pulak. Bas sampai tak boleh naik pasal dah penuh. Menyumpah dalam hati ****mak! F**k! Celaka! Semua perkataan yang seangkatan dengannya keluar kat hati. Naik teksi lah! Teksi sampai, lega... separuh jalan, jalan jem giler! Alamak! Dah la lambat. Bosannye KL ni.. Dalam hati menyumpah lagi. Dekat sejam lebih baru sampai office. Tanya tambang kat driver teksi merah putih. Mak datuk! Mahalnye... Dah la meter tak pasang. Alasan driver teksi bagi, jalan jem. Cisssss!Dah berpeluh-peluh sampai kat office. Punch card dulu. Boss dah jeling-jeling dari dalam bilik. Duduk diam-diam tak bersuara. Buat-buat busy. Check e-mail. Banyak pulak e-mail nak kena reply. Semua complaint pulak tu. Belum sampai tengahari muka dah mula serabai. Ishhhhh... rehat dululah!Itu baru separuh hari, macam-macam benda boleh jadi. Dah lah tension, benda-benda kat luar banyak yang menyumbang kepada bertambahnya stress ni. Bila mula stress, benda kecik pun boleh buat kita jadi marahhhhhh sangat.Itu sebabnya, bila kita stress kita kena bertenang. Dari ceramah agama yang saya pernah hadir, duluuuuuu.... bila kita marah, stress, pegi ambik air sembahyang pastu solat. Dengan cara tu kita boleh tenang. Itu cara mudah dan murah. Tak percaya, cuba la...Kepada Lee Chin, aku tak tau macamana orang Cina nak hilangkan stress. Rasanya kau boleh tarik nafas dalam-dalam pastu tahan sampai kau tak bernafas lagi. Hahahaha... lepas tu lepas la. Jangan nak bunuh diri pulak ok?Kepada My Chemical Brother, semua orang ada stress, tension, marah, masalah macam-macam. Ubat dia senang je, solatullah! Bukan nak jadi ustazah, pasal saya pun dah tumbuh tanduk tapi apa yang saya tahu, Allah suka bila kita kembali pada dia masa kita perlukan dia dan masa kita susah.Think about it guys! Dok kat pantai pun boleh tenang.
Perfume baru!
Semalam beli perfume baru lagi. Allure Sensuelle by Chanel. Bau dia tak la best sangat. Ada bau macam pahit-pahit sikit dan lebih kepada bau untuk lelaki. Sedap ke tak ke bau dia, saya blasah je pakai..Bulan depan agak-agak perfume apa pulak ek? Tunggu.. dah target dah!
Hari paling tak seronok!
Hari paling tak seronok sekali bagi saya ialah hari gaji! Memang tak seronok pasal bila dapat gaji, saya kena bayar hutang yang keliling pinggang. Harapkan hutang keliling pinggang, tapi pinggang tak ramping pun! Huhuhu... leper je ada la!Bila gaji dah masuk je saya mula risau. Risau la, mana la tau terlari budget. Susah nak kejar! Memang selalu pun lebih. Ye... betul.. gaji ciput tapi lagak macam orang gaji riban-riban. Mana nak bayar rumah, kereta, minyak, makan, api air,shopping barang rumah, baju, bayar credit card. Duduk sorang, tapi tak cukup-cukup jugak. Saya memang boros! Itu kata abah saya, boros, keras kepala, degil. Aku kan anak abah! Sebijik macam perangai abah la.. kekeke..Saya suka tengah bulan atau dua minggu lepas gaji & sebelum gaji. Masa tu hutang dah settle. Ada jugak hutang yang boleh ditangguh. Ada... mana boleh tak ada. Tapi yang tangguh tu biasanya tak buat saya risau sangat. Masa tu duit yang ada cuma boleh fikir untuk makan, minyak dan tol. Kalau ada lebih, sempat la jugak pegi Nicole cari baju baru!Kalau gaji tak cukup, panjang je akal fikir apa nak buat. Biasanya saving book Tabung Haji la saya cari dulu. Sampai saving book tu lunyai pasal tuan dia ni. Ada lagi satu! Agak-agak macam dah semput, Abang Jawa jadi mangsa. Abang jawa ni tak berkira. Baik hati sangat. Walaupun saya dah bagi warning dengan dia jangan nak lebih-lebih dengan saya, tapi dia tetap jugak buat baik dengan saya ni. Post lepas saya ada cerita pasal kebaikan Abang Jawa ni. So, saya kira bukan ambil kesempatan k.Tapi, satu perangai saya ni yang saya rasa saya ni baik. Hah! Mana ada perasan.. Selagi saya ada duit sendiri, selagi tu saya takkan mintak dengan orang. Berdikari untuk survive. Tapi, orang bagi saya ambik! Hahahaha...Okie.. jumpa lagi.Alaaaa... bulan ni nak kena bayar insurance kereta... Apa lagi, fikir jalan la.Kepada My Chemical Brother : Woiiiiiiiiii!!!!!! Jalan laaaaaa!!!!!
Jangan la Boss, malu la saya
Hehehe... tajuk apa ni???? Macam ada scandal je dengan Boss? Hahaha... Bukan la. Sebenarnya hanya kerana satu e-mail saya reply kepada Boss-boss dan Director-director kat office, Boss saya (Director) puji saya sampai dua tiga hari tak habis-habis. Malu la saya. Hehehe..Dan pujian kepada saya sampai masuk dalam meeting department lain. Huhuhu... tu baru sikit la boss.Tu pasal puji. Kalau bab kena marah pun saya la jugak yang selalu kena. Ada problem, saya dulu yang kena tembak belakang, depan, kiri, kanan. Huhuhuhu...Sebenarnya saya tak ada idea ni weiiii nak tulis apa...
Cerita Semalam..
Kepada pengunjung sekalian, cerita semalam hanya rekaan semata-mata. Hanya khayalan dari otak yang ketandusan idea.*** My Chemical Brother, saya tak gila lagi ok! Tapi, jgn biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiiiii....
Jiwa yang kacau!
Di dalam bilik tidur, gelap tanpa cahaya lampu, aku terbaring lesu. Kepala terasa berat seperti ada seketul batu yang dijemur cahaya matahari tengahari, panas dan berdenyut-denyut. Di jari terselit sebatang Dunhill Lights yang masih menyala. Asapnya meliuk-lintuk lemah gemalai dan kemudian hilang di udara. Bau asap rokok bercampur dengan bau haruman penyegar udara Ambipure dah sebati dengan hidung.Di sisi aku, di atas tilam empuk Sultan buatan Ikea, berselerak dengan pil-pil tidur. Sebilah pisau dapur yang aku ambik dari dapur ku campak di sisi. Tisu-tisu hingus dan airmata bergumpal-gumpal. Bekas abu rokok, sebenarnya gelas teh yang aku dapat dari Sushi Kings sudah penuh dengan puntung rokok.Air mata di pipi sudah kering, hanya tinggal sisa-sisa di kelopak mata. Mata pun dah bengkak macam mata anak cina. Kipas aku pasang, berpusing-pusing lemah. Terasa nyaman bila angin menyentuh kulit.Aku kecewa! Kecewa dengan orang yang bermulut manis. Aku tak diperlukan dalam hidup mereka seperti aku perlukan mereka dalam hidup aku. Manusia hanya pandai berkata-kata. Kalau murai tu dah aku cabut ekornya. Rasa nak disimpul muncung orang yang bermulut manis ni dan diikat riben berwarna pink.Kala perasaan berkecamuk dengan masalah, muka aku jugak yang dihadap untuk meuahkan perasaan yang berbuku. Dan telinga ini jugak yang sudi menadah segala luahan rasa dari jiwa kacau dia. Tapi, sekarang hati sedang berbahagia macam dapat free first class ticket menonton lumba kereta F1 di Sepang. Segalanya tak sempat lagi untuk aku. Terlalu berharga masa untuk diberi sedikit kepada aku yang setia menunggu yang hanya bertemankan tv siaran perdana membosankan yang hanya menayangkan rancangan dari seberang dan berita-berita hebat tentang kerajaan Barisan Nasional. Aku lemas!Dari hari ke sehari aku nampak lagak dia dah semakin 'chicken'. Macam tikus kena marah bila mencuri keju. Di mana dia yang dulu yang selalu berkata "ini aku la!". Sekarang dah jadi "Ini aku la yang kaku".Aku takkan ubah apa-apa perasaan pun pada dia. Rasa sayang, kasih, cinta tetap untuk dia. Tapi aku kecewa... Bukan dia penyebab aku terdampar di katil itu. Bukan! Tapi, aku hanya kecewa dengan perjalanan hidup aku. Bila kasih, sayang, cinta ada dalam hati, tak pernah ada yang menghargai dengan rasa itu. Bukan senang sebenarnya untuk aku adakan perasaan itu dalam hati yang mati ini. Aku semakin letih dengan perasaan sendiri... ...dan semalaman aku terbaring di katil dengan jeans & t-shirt, tertidur sampai ke pagi. Pisau dan pil-pil tidur masih jugak kaku di situ tanpa berganjak. Aku selamat lagi dari hasutan iblis Laknatullah! Astaghfirullahalazim...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment